Home » Citra Yadim » Bina politik baharu saling menolong

Bina politik baharu saling menolong

Sebahagian peserta yang hadir pada Konvensyen Rakyat: Menelusuri Akar Umbi ke Arah Perpaduan Ummah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

BANGI 8 Mac – Pemimpin Melayu perlu membina politik baharu berteraskan konsep ta’awun atau tolong menolong ke arah kebaikan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata walaupun ghairah mengejar kemenangan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), mereka perlu menjaga kesucian agama, akhlak, budaya dan ketamadunan Melayu.

“Jangan sampai berpolitik yang meleburkan akhlak sehingga memfitnah, melakukan tohmahan dan menghakimi sesuatu yang belum terbukti kebenaran atau kesalahannya.

Berbeza fahaman politik

“Berbeza fahaman politik tidak semestinya berpecah-belah,” katanya selepas Konvensyen Rakyat: Menelusuri Akar Umbi ke Arah Perpaduan Ummah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, konvensyen berkenaan berjaya merendahkan suhu politik parti berteraskan Melayu atau didominasi masyarakat itu menjelang PRU-14. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *