Boleh pasang khemah di masjid, surau untuk solat

0
431
Kelonggaran untuk membenarkan masjid dan surau memperluas kapasiti solat Jumaat dan solat berjemaah mengikut saiz dan ruang solat termasuk membuka khemah sebelum ini juga terpakai bagi rumah ibadat bukan Islam tertakluk pada pematuhan SOP. - Foto FB

KUALA LUMPUR – Kerajaan membenarkan pemasangan khemah di pekarangan masjid dan surau bagi tujuan jemaah mendirikan solat, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, bagaimanapun kelonggaran itu hanya terhad dalam kawasan pagar masjid sahaja dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Bila kita benarkan kapasiti solat ikut saiz masjid dan surau, kita juga benarkan solat di pekarangan masjid dengan syarat ada penjarakkan sosial.

- advertisement -

“Tetapi kalau tidak cukup, dibenarkan pasang khemah namun SOP mesti dipatuhi iaitu saring suhu, ambil nama dan nombor telefon dan juga jaga penjarakkan sosial,” katanya pada sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen pada 14 Julai.

Ismail Sabri berkata, kelonggaran untuk membenarkan masjid dan surau memperluas kapasiti solat Jumaat dan solat berjemaah mengikut saiz dan ruang solat sebelum ini juga terpakai bagi rumah ibadat bukan Islam tertakluk pada pematuhan SOP. – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here