Home » Langit Terbuka » Boleh Rapatkan Saf Untuk Solat Jemaah – Raja Muda Perlis

Boleh Rapatkan Saf Untuk Solat Jemaah – Raja Muda Perlis

Kebenaran merapatkan saf tersebut boleh diguna pakai bagi semua aktiviti pengimarahan termasuk solat Jumaat, solat berjemaah lima waktu termasuk solat Terawih, titah Raja Muda Perlis - Foto MelakaHariIni

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah jemaah dibenarkan merapatkan saf ketika solat di semua masjid di negeri ini, bermula esok (23 Mac).

Bagaimanapun, kebenaran tersebut diberikan kepada jemaah yang hadir bersama keluarga yang tinggal sebumbung, manakala jemaah lain perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.

Tunku Syed Faizuddin yang merupakan Yang Dipertua MAIPs bertitah ketetapan itu mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berikutan tahap ketaatan serta kepatuhan SOP tinggi yang ditetapkan kerajaan.

“Jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung boleh merapatkan saf sesama mereka, dengan memastikan selain daripada mereka, perlu mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter seperti ditetapkan dalam SOP,” titah baginda.

Tambahnya, kebenaran tersebut boleh diguna pakai bagi semua aktiviti pengimarahan termasuk solat Jumaat, solat berjemaah lima waktu termasuk solat Terawih.

“Kuliah pengajian dibenarkan di semua masjid dan surau asrama sahaja.

“Namun pelaksanaan sebarang aktiviti di surau seluruh Perlis masih tidak dibenarkan,” katanya.

Baginda mengingatkan seluruh rakyat agar sentiasa mengutamakan integriti dan kejujuran dalam menjamin kelancaran pelaksanaan ketetapan yang dibenarkan.–AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *