Home » Langit Terbuka » Bom Buatan Malaysia Untuk Lancar Serangan Di Selatan Thailand – Jeneral Tentera Thailand

Bom Buatan Malaysia Untuk Lancar Serangan Di Selatan Thailand – Jeneral Tentera Thailand

Rampasan bom buatan sendiri di pusat pemeriksaan polis di Kampung Saring, Takbai tiga hari lalu.

BANGKOK – Tentera Thailand menyokong dakwaan yang dibuat oleh polis Narathiwat bahawa 41 butir bom yang dirampas di daerah Takbai beberapa hari lalu dihasilkan di Malaysia dan diseludup ke negara ini.

Menurut Komander Tentera Wilayah 4, Lt Jen Piyawat Nakwanich, bom buatan sendiri itu akan digunakan oleh nilitan untuk melancarkan serangan selepas bulan Ramadan.

“Hasil siasatan, kami mendapati bom itu diseludup dari Malaysia, tetapi kami perlu menjalankan siasatan lanjut untuk menentukan sama ada ia diseludup dalam bentuk lengkap atau sebahagian dan kemudian dipasang semula di negara ini,” kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Jen Piyawat, pegawai tertinggi tentera Thailand di selatan negara itu ditanya mengenai rampasan bom buatan sendiri di pusat pemeriksaan polis di Kampung Saring, Takbai tiga hari lalu. Seorang pemandu trak berusia 39 tahun ditahan.

Turut dirampas ialah alat pemasa bagi bahan peledak dan beberapa peranti komunikasi, yang menurut pegawai Explosive, Ordnance and Disposal (EOD) di tempat kejadian, ia digunakan untuk meletupkan bom itu, yang berat masing-masing 500 gram, dengan menggunakan alat kawalan jauh. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *