Home » Langit Terbuka » BSN dinobat anugerah produk simpanan Islamik terbaik di Malaysia

BSN dinobat anugerah produk simpanan Islamik terbaik di Malaysia

BANK Simpanan Nasional (BSN).

PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) dinobat Anugerah Produk Simpanan Islamik Terbaik di Malaysia menerusi produk utamanya iaitu BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).

Anugerah berprestij itu diumumkan dalam Majlis Anugerah Perbankan Runcit Islam (IRBA) 2023 ke-9 di Manama, Bahrain.

BSN dalam kenyataan memberitahu, pencapaian ini adalah seiring dengan komitmen BSN untuk memupuk budaya menyimpan, menawarkan produk dan penyelesaian kewangan yang lebih inklusif kepada pelanggan selaras dengan prinsip perbankan Islam.

“Pengiktirafan ini turut memperkukuhkan lagi keunikan produk BSN SSP yang memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat.

“BSN SSP adalah simpanan patuh syariah yang memberi peluang kepada pendepositnya memenangi hadiah lumayan, termasuk RM1 juta setiap bulan,” katanya.

BSN SSP diperkenalkan pada tahun 1978 dan telah menjadi sebahagian daripada iltizam berterusan BSN untuk menggalakkan tabiat menabung dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pelbagai inisiatif dan kempen dengan ciri-ciri produk yang spesifik.

Pada tahun ini, BSN telah menambah baik hadiah cabutan BSN SSP dengan jumlah keseluruhan RM27 juta untuk lebih 18,000 pemenang.

“Di samping itu, kategori cabutan baharu juga telah diperkenalkan, meliputi segmen pelanggan yang lebih luas,” katanya.

Sehingga Oktober 2023, BSN telah melahirkan 93 jutawan melalui BSN SSP.

Sejak 2015, IRBA telah mengiktiraf sumbangan dan kejayaan individu serta pemain industri melibatkan perbankan runcit Islam di peringkat global dan dalam negara masing-masing.

Para pemenang IRBA telah memperlihatkan bagaimana perbankan runcit Islam telah berjaya menerima pakai inovasi digital, meningkatkan kecekapan operasi di samping menyediakan perkhidmatan baharu yang lebih baik untuk pelanggan. –UTUSAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *