Home » Langit Terbuka » Buku hitam ‘My Kitab’ tanda ancaman kristianisasi di Jasin: Isma Melaka

Buku hitam ‘My Kitab’ tanda ancaman kristianisasi di Jasin: Isma Melaka

BANGI, 18 Julai – Penemuan sebilangan buku hitam yang bercanggah dengan ajaran agama Islam di Jasin baru-baru ini merupakan satu percubaan berniat jahat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Yang Di Pertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Melaka, Ustaz Ir Hj Mohd Khoushaini Mohd Naim berpendapat bahawa tindakan itu sememangnya disengajakan kerana penduduk kawasan berkenaan majoritinya berbangsa Melayu.

“Saya fikir ini memang disengajakan dan berniat jahat mahu memurtadkan orang Islam di kawasan majoriti Melayu Islam, Jasin.

“Bukan mereka tidak faham Perlembagaan dan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan tapi agenda kristianisasi terus dilakukan dengan terancang dan mendapat sokongan serta dana daripada pihak tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebanyak 25 buku berkulit hitam yang tercatat perkataan My Kitab ditemui di beberapa kawasan tumpuan ramai di Jasin, kelmarin.

Kejadian seumpama ini pernah berlaku pada September tahun lalu apabila 20 buku sama diletakkan di pondok-pondok bas serta jalan kampung tersebut oleh individu tidak bertanggungjawab di Kampung Abbey/Pondok Batang, Asahan.

Justeru Isma Melaka menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera dan menghukum mereka yang berani mengganggu kedaulatan Islam di negeri Melaka bersejarah ini.- ISMAWEB

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *