Home » Citra Yadim » Bulan Dakwah Terap Nilai Kerja Sebagai Ibadah

Bulan Dakwah Terap Nilai Kerja Sebagai Ibadah

KUALA TERENGGANU –  Merancakkan lagi Bulan Dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu kali ini berkolaborasi bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu dalam menjayakan program Bicara Dakwah bertempat di Bilik Seminar FAMA di sini pada 1 Disember.

Bicara Dakwah dengan tajuk ‘Jadikan Pekerjaan Sebagai Ibadah’ disampaikan oleh Ustaz Muhammad Najmuddin Ulwan Mohd Hamdan, Pegawai Hal Ehwal Islam dan dihadiri seramai 40 orang pegawai dan  kakitangan FAMA Terengganu.

Program ini juga di siarkan secara langsung melalui Facebook YADIM Terengganu.

Dalam program ini, peserta diberikan pengisian  cara bekerja berpandukan Islam dan bagaimana menjadikan pekerjaan itu sebagai ibadah harian.

Hadir di sini, Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dan Timbalan Pengarah FAMA Negeri Terengganu, Nukman Hashim.

Program ini secara tidak langsung  menjalinkan hubungan strategik antara YADIM Terengganu dengan FAMA  Terengganu.

Semoga hubungan yang terjalin akan berterusan untuk kesinambungan aktiviti dakwah pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *