Home » Citra Yadim » Butik Hasnuri Sdn Bhd menaja jersi bagi para pelatih ADMY

Butik Hasnuri Sdn Bhd menaja jersi bagi para pelatih ADMY

UNTUK Tahun kedua berturut-turut Butik Hasnuri Sdn Bhd telah bermurah hati menaja jersi bagi para pelatih Akademi Daie Muda YADIM bagi kegunaan sepanjang empat bulan latihan mereka.
Terbukti menarik, lasak dan praktikal, jersi berkenaan nyata memudahkan dan jelas sangat berguna untuk 28 pelatih bagi tahun ini.
Butik Hasnuri Sdn Bhd telah ditubuhkan oleh pasangan suami isteri, Encik Hasbullah Awang dan isterinya Puan Nuriah Zakaria. Butik ini yang kini mempunyai empat cawangan di seluruh negara ini menyediakan pakaian sederhana kontemporari yang memenuhi permintaan tinggi fesyen Islam.
Walaupun menghasilkan reka bentuk eksklusif dengan kualiti tertinggi, namun masih dijual pada harga yang amat berpatutan.
YADIM mendoakan agar Butik Hasnuri Sdn Bhd terus berkembang menjadi sebuah syarikat model peneraju pakaian Muslim yang mempromosikan kesopanan, patuh syariah dan sesuai untuk pelbagai majlis.
YADIM juga berbesar hati dan mengalu alukan mana-mana individu atau syarikat yang berminat untuk bekerjasama menjayakan program Akademi Daie Muda 2023 ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *