Home » Langit Terbuka » Cadang suami dera isteri disebat di khalayak

Cadang suami dera isteri disebat di khalayak

KUALA LUMPUR 24 Julai – Pas bersetuju dengan cadangan supaya suami yang mendera isterinya dihukum sebat di khalayak ramai untuk memberi pengajaran dan pendidikan.

Perkara itu dinyatakan oleh Idris Ahmad (Pas-Bukit Gantang) yang menjelaskan perkara itu sebagai hukum takzir supaya suami berkenaan kembali ke pangkal jalan.

“Macam mana prosedur untuk kita buat, yang penting untuk kita menginsafkan dia, letak di lampu isyarat pun tidak apa, biar orang ramai tengok muka dia setiap hari, ini muka dera.

“Ini pun satu lagi cara daripada kita nak sebat dia tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab Dr. Siti Mariah Mahmud (PAN-Kota Raja) yang mencelah ketika membahaskan Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan 2017) di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Idris juga mencadangkan supaya diwujudkan mahkamah khas untuk perkara tersebut supaya ada ‘rumah perlindungan’ untuk mereka yang menjadi mangsa dera rumah tangga.- www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *