Home » Langit Terbuka » Vandalisme MRT memalukan

Vandalisme MRT memalukan

KUALA LUMPUR 24 Julai – Gejala vandalisme terhadap kemudahan transit aliran massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang yang baharu sahaja beroperasi pada 17 Julai yang lalu disifatkan sebagai insiden yang memalukan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, walaupun kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk memberi kemudahan kepada rakyat, masih ada tidak tahu menghargainya.

“Inilah sikap segelintir masyarakat yang tidak menghargai kemudahan yang disediakan, sebaliknya dirosakkan begitu sahaja, bukan sahaja merugikan kerajaan yang perlu berbelanja besar untuk kerja-kerja membaik pulih tetapi juga merugikan diri sendiri.

“Masyarakat di negara maju sangat menghargai kemudahan awam kerana ia merupakan pengangkutan utama mereka, jadi satu perubahan sikap dan mentaliti diperlukan dalam diri rakyat Malaysia bagi menjamin masa depan pengangkutan awam, jika tidak selagi itulah kita tidak akan ke mana-mana,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Pihak Berkepentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah yang mendedahkan sikap sesetengah pengguna MRT yang sengaja menggores din­ding dan bangku, merosakkan tandas malah sanggup merosakkan ukiran Rukun Negara di Stesen Merdeka.

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Pe­ngangkutan Bandar Mapan (Sutra) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Amiruddin Ismail berkata, pihak pengurusan MRT perlu bertindak segera terhadap sebarang vandalisme yang berlaku sebelum ia berleluasa.

“Pihak pengurusan harus menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dengan sebaik­nya bagi mengenal pas­ti pengguna yang tidak bertanggungjawab dan kenakan tindakan yang sewajarnya kerana pe­ngangkutan awam adalah hak milik semua orang.

“Perangai seperti ini tidak patut ada, rakyat seharusnya lebih bertanggungjawab apabila menggunakan MRT,” katanya. – www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *