Home » Citra Yadim » Cadangan kerjasama YADIM – GISB

Cadangan kerjasama YADIM – GISB

GISB Holdings dikenali ramai sebagai sebuah syarikat yang memiliki pelbagai cabang perniagaan dan mempunyai rangkaian bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara seperti Australia, United Kingdom.

Justeru apabila mereka mengadakan kunjung hormat kepada Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus  pada 10 Mei, kami gembira apabila mereka berhasrat meneroka peluang dakwah dan ekonomi bersama badan dakwah ini.

Turut disentuh dalam pertemuan tersebut ialah cadangan melatih daie daie YADIM dalam bidang bersesuaian bersama GISB supaya mereka dapat merasai suasana sebenar di lapangan dakwah.

YADIM menurut Datuk Hasanuddin, sentiasa membuka pintu untuk peluang dan kerjasama untuk pelbagai pihak seperti GISB bagi melestari gerakan dakwah.

Hadir mewakili GISB ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan pegawai pegawai syarikat berkenaan.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *