Home » Citra Yadim » Cakna Komuniti ‘Program Titipan Budi, Seikhlas Hati’

Cakna Komuniti ‘Program Titipan Budi, Seikhlas Hati’

KUCHING –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak telah dijemput bagi memeriahkan program RTM Cakna Komuniti yang bertemakan Titipan Budi Seikhlas Hati anjuran Jabatan Penyiaran Negeri Sarawak pada 30 Mac.

Program in bertujuan mengeratkan jaringan kerjasama antara pihak RTM bersama agensi-agensi seperti YADIM, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak, Sarawak Energy Berhad (SEB) selain bertujuan mengumpul sumbangan untuk diserahkan kepada golongan-golongan yang memerlukan bermula 30 Mac sehingga bulan Jun sempena Sambutan 75 tahun RTM.

Majlis Perasmian Program Cakna Komuniti ini telah disempurnakan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Sarawak, Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah,

Pengarah YADIM Sarawak, Encik Awang Dulhadi Awang Mat dalam majlis ini telah menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada para penerima dan disaksikan oleh Dato Sri Hajah Fatimah.

Mewakili Pengarah Penyiaran Negeri Sarawak, Puan Norjihan Yahya (Ketua Penolong Pengarah Seksyen Kejuruteraan TV) mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YADIM, Jabatan Kebajikan Negeri Sarawak, SEB dan pelbagai agensi yang telah menyumbang dalam program ini dan mengharapkan kerjasama ini akan berterusan di masa akan datang.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *