Home » Langit Terbuka » Cara Stephen Hawking sokong Palestin

Cara Stephen Hawking sokong Palestin

Stephen Hawking

AHLI fizik terkemuka, Stephen Hawking meninggal dunia pada Rabu, 14 Mac, pada usia 76 tahun. Berita kematian Hawking menggemparkan dunia, kerana mendiang dianggap sebagai individu yang telah memberikan sumbangan dan inovasi yang besar dalam bidang fizik dan kosmologi.

Di antara teori yang dicetuskannya dan menjadi perhatian besar di seluruh dunia sains adalah Teori Big Bang, Teori Graviti Kuantum dan Radiasi Hawking.

Selain itu, sebagai seorang ilmuwan yang cemerlang, Hawking juga dikenali sebagai orang yang menyokong perjuangan Palestin.

Pada bulan Mei 2013, nama dan gambar Hawking menjadi berita utama di kebanyakan media antarabangsa.

Puncanya adalah kerana beliau menolak untuk hadir dan menjadi pembicara dalam satu persidangan di Jerusalem yang dianjurkan oleh Presiden Israel ketika itu, Shimon Peres .

Alasannya, Hawking menganggap dasar rejim Israel terhadap Palestin telah menimbulkan bencana.

Sebelumnya persidangan itu berlangsung, Hawking telah menerima sejumlah emel dari ahli-ahli akademik Palestin yang berharap beliau memulau persidangan berkenaan.

Hawking telah bersetuju dengan saranan itu, dan menolak jemputan penganjur.

Dalam satu surat, Hawking menyatakan bahawa seandainya beliau  menghadiri persidangan itu sekalipun, beliau akan menyatakan dalam persidangan itu bahawa apa yang dilakukan oleh rejim zionis Israel itu telah menyebabkan bencana.

Keputusan Hawking mempulau persidangan tersebut telah disambut dengan gembira oleh ahli-ahli akademik dan aktivis Palestin.

Sokongan Hawking kepada bangsa Palestin tidak hanya sekadar itu.

Beliau juga mewujudkan dana di akaun Facebooknya untuk disumbangkan kepada Sekolah Fizik Lanjutan Palestin (Palestinian Advanced Physics School). Dengan adanya dana itu, Hawking berhasrat untuk menubuhkan sekolah-sekolah fizik yang lain di Palestin.

Stephen Hawking lahir pada 8 Januari 1942 di Britain. Beliau belajar fizik di University College dan ilmu kosmologi di Universiti Cambridge.

Ketika usianya menginjak 21 tahun, beliau mendapat penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS) atau penyakit Lou Gehrig. Akibat penyakit itu, beliau dijangka hanya boleh bertahan untuk hidup selama dua tahun sahaja. Namun beliau terus hidup hingga usianya 76 tahun.

Bukunya, A Brief History of Time, yang ditulis pada 1988  menjadi salah satu buku yang paling popular di dunia setelah terjual lebih daripada 10 juta naskah. (nu.or.id)

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *