100 penghantar Food Panda disantuni YADIM Sabah

KOTA KINABALU – Setiap kali memesan makanan menggunakan perkhidmatan dalam talian, antara yang sering menjadi rungutan atau perhatian ialah bila makanan akan sampai. Namun pernahkah terfikir kesulitan yang mereka perlu hadapi ? Cuaca buruk, kenderaan rosak, jalan berlubang dan lokasi penghantaran tidak tepat adalah antara cabaran dihadapi mereka yang sering tidak dihiraukan oleh pelanggan. Realitinya, […]

YADIM Peduli Musaadah 2.0 Daerah Baling

BALING – Sebanyak enam pondok pengajian Islam di daerah ini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 19 Februari. Mereka menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM,  kotak sumbangan Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia (PMPS), pembasmi kuman, pelitup muka dan majalah Dakwah terbitan YADIM. Selain Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, hadir sama […]

YADIM Peduli Santuni Masyarakat Tionghua dan Mualaf Siri 3

KULIM – Dalam suasana Tahun Baru Cina yang masih terasa,  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) telah menyantuni masyarakat Tionghua dan muallaf di Kampung Tok Rasul, Kampung Simpang Tiga Keladi, Taman Kenari, Taman Aman dan Taman Bidara di sini. Antara rakan rakan NGO yang terlibat dalam program […]

Ziarah kasih di Kampung Sumbiling

BONGAWAN – Kampung Sumbiling di sini pada 19 Februari telah menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Menerusi kunjungan tersebut, seramai 50 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada badan dakwah ini bertujuan meringankan beban mereka. Mereka yang menerima sumbangan termasuk keluarga bukan Muslim sesuai dengan gerak kerja YADIM yang bersama rakyat tanpa mengira latar […]

Musa’adah Pemandu Bas dan Van Sekolah Kelantan Siri 3

MACHANG – Siri menyantuni pemandu bas dan van sekolah di negeri ini diteruskan dengan siri ketiga oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan. Pada 18 Februari seramai 39 pemandu dari daerah Machang dan Pasir Puteh menerima bantuan berupa barangan makanan asas. Agihan telah dilaksanakan di perkarangan Masjid Pangkal Meleret, Machang. Hadir ke acara ini adalah […]

100 set sumbangan daripada YADIM untuk komuniti Batu, Segambut sempena Tahun Baru Cina

SENTUL – Sesuai dengan gerak kerja menyantuni semua dalam menyebarkan dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menyampaikan 100 set sumbangan kepada penduduk kawasan ini dan Batu. Program pada 18 Februari ini diadakan sempena Tahun Baru Cina dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary). […]

YADIM Peduli Santuni Petugas AKSEM

BUKIT KAYU HITAM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah hari ini (18 Februari) bersama Majlis Dakwah Negara (MDN) Kedah menyampaikan sumbangan berupa air mineral, topeng pelitup muka, pembasmi kuman dan makanan ringan kepada anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM). Sumbangan ini sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih pihak YADIM dan rakan badan bukan kerajaan […]

Musa’adah Covid-19 YADIM Negeri Sembilan di Kampung Rawa

LENGGENG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan turut tidak ketinggalan menyantuni golongan memerlukan di negeri ini, khususnya yang terkesan dengan Covid-19. Bertempat di Kampung Rawa di sini pada 17 Februari, YADIM Negeri Sembilan telah menyampaikan sumbangan kepada 20 asnaf yang dikenalpasti terkesan dengan Covid-19. Hadir menyampaikan sumbangan ialah Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Mohd […]

Musa’adah Covid 19 Kota Kuala Muda

PANTAI MERDEKA – Kota Kuala Muda di sini menjadi saksi kepada tragedi tsunami kira kira 16 tahun lalu. Malah kesannya masih kelihatan hingga kini. Ia pastinya satu pengalaman yang tidak akan dilupakan penduduk kawasan ini. Seperti yang lain, mereka juga terkesan dengan penularan Covid-19 yang masih berleluasa. Ramai penduduk di sini yang memerlukan bantuan akibat […]

Musaadah Pemandu Bas dan Van Sekolah Kelantan

TUMPAT – Selepas Bachok dan Kota Bharu, hari ini (17 Februari) giliran para pemandu bas sekolah di kawasan ini dan Tanah Merah menerima bantuan menerusi program Musaádah Pemandu Bas dan Van Sekolah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan. Agihan pertama dilakukan di Pantai Geting di sini apabila seramai 22 pemandu disantuni menerusi pemberian barangan […]