Home » Citra Yadim » YADIM Peduli Santuni Masyarakat Tionghua dan Mualaf Siri 3

YADIM Peduli Santuni Masyarakat Tionghua dan Mualaf Siri 3

KULIM – Dalam suasana Tahun Baru Cina yang masih terasa,  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) telah menyantuni masyarakat Tionghua dan muallaf di Kampung Tok Rasul, Kampung Simpang Tiga Keladi, Taman Kenari, Taman Aman dan Taman Bidara di sini.

Antara rakan rakan NGO yang terlibat dalam program pada 19 Februari ini ialah Persatuan Cina Muslim (MACMA) Kulim, Pertubuhan Kebajikan Ekonomi Masyarakat (PERKEM) Kedah, Buru Amal Kulim, Rakan Siswa YADIM UniSHAMS dan Sukarelawan YADIM kawasan Sungai Petani.

Seramai 17 keluarga mualaf dan tiga keluarga Tionghua menerima sumbangan dalam program ini.

Barangan keperluan harian, kuih muih dan wang tunai disampaikan di kediaman golongan yang dikenalpasti dalam program ini.

Turut bersama dalam program ini ialah  Pengerusi MACMA Kulim, Muhamad Hadi Firdaus Ang, Pengerusi Buru Amal Kulim, Nordin Abu Bakar, Pengerusi Sukarelawan YADIM kawasan Sungai Petani,  Basor Harun, Pengerusi RSY UniSHAMS, Muhammad Amirul Naim Mat Razak dan Setiausaha PERKEM, Ustaz Fariq Zaki.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *