Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid 19 Kota Kuala Muda

Musa’adah Covid 19 Kota Kuala Muda

PANTAI MERDEKA – Kota Kuala Muda di sini menjadi saksi kepada tragedi tsunami kira kira 16 tahun lalu. Malah kesannya masih kelihatan hingga kini.
Ia pastinya satu pengalaman yang tidak akan dilupakan penduduk kawasan ini. Seperti yang lain, mereka juga terkesan dengan penularan Covid-19 yang masih berleluasa. Ramai penduduk di sini yang memerlukan bantuan akibat terkesan dengan wabak berkenaan.
Prihatin dengan keadaan itu, hari ini (17 Februari) YADIM negeri Kedah dengan kerjasama anggota Dataran Tsunami Venture (DTV) menyantuni keluarga waris-waris mangsa tsunami, pesakit kronik dan asnaf di Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka dan sekitarnya.
Sebanyak 50 keluarga yang terpilih menerima pek barangan keperluan dapur seperti beras, minyak masak, gula, susu dan sebagainya.
Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.
Turut bersama Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka, Ustaz Mohd Haikal Mutallib, Penyelia Team Dataran Tsunami, Anas Ismail dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Haji Idris Husain.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *