Home » Citra Yadim » YADIM Peduli Musaadah 2.0 Daerah Baling

YADIM Peduli Musaadah 2.0 Daerah Baling

BALING – Sebanyak enam pondok pengajian Islam di daerah ini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 19 Februari.

Mereka menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM,  kotak sumbangan Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia (PMPS), pembasmi kuman, pelitup muka dan majalah Dakwah terbitan YADIM.

Selain Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, hadir sama dalam program ini ialah Timbalan Pengerusi PMPS  Ustaz Marzuki Yusof.

Tidak ketinggalan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Ketil, Yang Berhormat Mejar (B) Mansor Zakaria yang turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada golongan yang memerlukan.

Dalam pada itu, pondok pondok yang disantuni tersebut ialah Madrasah Misbahul Falah, Pondok Lanai, Parit Panjang, Madrasah Tafaqquh Fiddin, Pondok Kejai serta Maahad Nuruddin, Kg. Bukit Endoi, Kuala Ketil.

Turut disantuni ialah Madrasah Tahzibunnufus, Parit Panjang, Madrasah Nurul Ihsan, Pondok Ulu Bakai dan Pondok Ustaz Naim Hussain, Pondok Darul Fuqaha.

Dalam kunjungan ke daerah ini juga, YADIM sempat menyantuni 50 buah keluarga memerlukan menerusi pemberian barangan keperluan harian.

Pada hari yang sama, Ustaz Mohd Aizat Zakaria juga telah menyampaikan tazkirah dan khutbah seterusnya menjadi imam solat Jumaat  di Masjid Tuan Guru Umar Zuhdi, Parit Panjang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *