Kunjungan ke Universiti Multimedia

CYBERJAYA – Sesuai dengan hasrat untuk mempelbagaikan sudut perspektif dakwah, satu delegasi kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan lawatan ke Universiti Multimedia (MMU) di sini pada 3 Julai 2019. Delegasi seramai 21 orang ini, yang diketuai Timbalan Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin, telah mengadakan kunjungan ke Fakulti Multimedia Kreatif (FCM) MMU […]

Perbincangan Konvensyen Malaysia Rahmah di Perak

SELAMA  – Sebagai salah satu usaha menjayakan agenda Malaysia sebuah negara  rahmah, satu perbincangan awal bagi mengadakan Konvensyen Malaysia Rahmah Peringkat Daerah Selama telah diadakan di sini pada 1 Julai. Mewakili Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah Timbalan Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin serta Penolong Pengarah YADIM Perak, Abdul Hafiz Mat Tuah. Hadir […]

Penyata Kewangan 2018 tanpa teguran

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menerima  pengiktirafan bagi Laporan Penyata Kewangan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018 tanpa teguran daripada Juruaudit luar, Zurin & Co. Pada pendapat juruaudit bertauliah tersebut, YADIM telah menyediakan Penyata Kewangan Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2018 dengan wajarnya menurut Piawaian Laporan Entiti Persendirian  Malaysia (MPERS) dan […]

Pertandingan Cipta Logo Baharu MAWAR – YADIM

PUTRAJAYA – Sesuai dengan usaha memartabatkan wanita dan menggiatkan gerak kerjanya, Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menganjurkan pertandingan mereka cipta logo mereka. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas. Menurut MAWAR, peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan menggunakan borang penyertaan rasmi […]

YADIM terajui gerakan dakwah negara

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia perlu berani dan sepatutnya menerajui gerakan dakwah Islamiah di negara ini. Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri ketika menyatakan pandangannya berkata, sikap YADIM itu sendiri yang boleh diterima di seluruh negara, menyebabkan ianya sesuai untuk peranan dan gerakan tersebut. “Kalau kita lihat organisasi […]

SEBATI Aidilfitri DUN Wakaf Baru

TUMPAT – Seramai 250 orang menyertai program Masih Ada Yang Sayang – SEBATI (Sejenak Bersama Anda yang Teristimewa) Aidilfitri 1440Dewan Undangan Negeri Wakaf Bharu anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini.Program diadakan di perkarangan Pertubuhan Peladang Kawasan Bunga Raya, Chabang Empat, Tumpat pada jam 9.30 AM 28 Jun 2019.Majlis diserikan oleh kehadiran Yang Dipertua […]

Kembara Turath Masjid Pekan Labu

LABU – Program Kembara Turath yang dianjurkan YADIM Negeri Sembilan, merupakan sebuah kembara bagi mendedahkan masyarakat dengan kitab kitab Turath. Siri kali ini akan mendalami kitab Al Arbaun yang dikarang Imam Nawawi, di sampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman Harman Shah Haniri pada 1 dan 2 Julai ini di Masjid Kariah Pekan Labu, bermula jam 8 […]

Bicara Rahmatan Lil Aalamin Dalam Konteks Pemuda

KUBANG KERIAN – Pertubuhan Cakna Rakyat Kubang Kerian (Kubang Kerian Care) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan sebuah program ilmiah,Bicara Dakwah Rahmatan Lil Alamin Dalam Konteks Pemuda hari ini (28 Jun) di Masjid Tuan Guru Haji  Abdul Rahman Mudir di sini. Program yang menampilkan Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, […]

Sambutan Aidilftri MAWAR Kelantan

KOTA BHARU – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 28 Jun telah mengadakan Majlis Ramah Mesra MAWAR YADIM Sempena Sambutan Aidilfitri Peringkat Negeri Kelantan. Majlis yang diadakan di D’Tunjong Banquet di sini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz. Hadir sama ialah […]

YADIM Wilayah santuni warga emas

KUALA LUMPUR – Sebagai salah satu usaha menyokong Dasar Warga Emas Negara (DWEN), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 28 Jun 2019, telah menyantuni 20 orang dari kalangan tersebut di sini. Mereka telah diraikan dalam Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan DWEN Kuala Lumpur, di Sekolah Kebangsaan  Cochrane (SKC). […]