Home » Citra Yadim » Perbincangan Konvensyen Malaysia Rahmah di Perak

Perbincangan Konvensyen Malaysia Rahmah di Perak

Timbalan Yang Dipertua YADIM (baju putih) sewaktu mengadakan perbincangan berhubung Konvensyen Malaysia Rahmah di Selama.

SELAMA  – Sebagai salah satu usaha menjayakan agenda Malaysia sebuah negara  rahmah, satu perbincangan awal bagi mengadakan Konvensyen Malaysia Rahmah Peringkat Daerah Selama telah diadakan di sini pada 1 Julai.

Mewakili Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah Timbalan Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin serta Penolong Pengarah YADIM Perak, Abdul Hafiz Mat Tuah.

Hadir sama ialah En Nazri dari Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Larut serta Ahli Jawatankuasa bagi Daerah Larut.

Mengikut perancangan, Konvensyen Malaysia Rahmah Peringkat Daerah Selama akan diadakan pada 27 Julai bertempat di Dewan Masyarakat Larut di sini bermula jam 8 pagi hingga 1 petang.

Ia bakal dihadiri oleh Guru guru Kafa, Guru Takmir, pegawai kerajaan serta orang awam.

Bersempena dengan program itu juga,  satu program ziarah prihatin ke kediaman warga emas di sekitar daerah ini akan diadakan sehari sebelumnya.

Dianggarkan sebanyak 3 rumah kediaman warga emas di sini akan disantuni.

Zolkharnain kemudiannya mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak,  YB Asmuni Awi berkenaan Konvensyen Malaysia Rahmah Peringkat negeri Perak pula.

Program pada skala yang lebih besar ini melibatkan kerjasama YADIM, pejabat Exco Agama Negeri Perak dan Jabatan Agama Islam Perak, dijadualkan diadakan pada 29 Ogos 2019 bertempat di Dewan Utama SUK negeri Perak.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *