Home » Citra Yadim » Bicara Rahmatan Lil Aalamin Dalam Konteks Pemuda

Bicara Rahmatan Lil Aalamin Dalam Konteks Pemuda

KUBANG KERIAN – Pertubuhan Cakna Rakyat Kubang Kerian (Kubang Kerian Care) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan sebuah program ilmiah,Bicara Dakwah Rahmatan Lil Alamin Dalam Konteks Pemuda hari ini (28 Jun) di Masjid Tuan Guru Haji  Abdul Rahman Mudir di sini.

Program yang menampilkan Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Muhammad Hafiz Musa dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar itu, bermula jam 7 petang dan mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah.

Antara yang disentuh oleh penceramah termasuklah mengapa kerajaan memperkenalkan konsep RAHMAH yang membawa maksud Ramah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami Dan Hormat, sebagai suatu usaha untuk memperkuatkan lagi segmen penting ini dalam mempersiapkan generasi muda bagi mencorak masa depan negara dan Ummah keseluruhannya.

Turut diterangkan ialah usaha untuk membawa perubahan dan menjadikan generasi muda sebagai contoh ke arah Malaysia Baharu yang unggul berteraskan Islam yang inklusif dan progresif.

Dengan mengambil model pemuda ‘Ashabul Kahfi’ yang beriman dengan sepenuhnya kepada Allah, generasi muda diharapkan terus bersemangat membawa agenda perubahan dan memperjuangkan kebenaran sepanjang masa.

Penceramah juga berharap teras Rahmatan Lil Alamin dapat dihayati dengan baik dan dilaksanakan di semua peringkat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *