YADIM disaran gunakan artis

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) disaran menggunakan artis dalam gerak kerja dakwahnya bagi mencapai kumpulan sasaran yang lebih besar dan berkesan. Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Abd Kadir berkata, golongan artis merupakan ikon dan mempunyai peminat serta pengikut yang ramai. “Kalau kita ambil contoh seseorang […]

Peruntukan dana NGO Islam boleh ditambah

KUALA LUMPUR – Bergantung kepada keberkesanan dan pro aktifnya sesebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam itu, dana tahunan yang diterima daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) boleh ditambah pada masa akan datang. Menurut Pengerusi MAIWP, YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Abd Kadir, NGO NGO Islam di Wilayah Persekutuan yang aktif, memenuhi kriteria ditetapkan, selain […]

Kunjung Hormat Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kasih Malaysia

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kasih Malaysia disaran supaya mendaftar sebagai badan bukan kerajaan (NGO) di Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM),di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, dengan mendaftar di bawah MAIM, badan berkenaan boleh mendapat input terkini berkenaan penyelarasan NGO Islam di […]

Kunjungan Yayasan Muallaf Malaysia ke YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (7 Mei) menerima kunjungan daripada Yayasan Muallaf Malaysia yang menyatakan hasrat untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang pada masa akan datang. Pengerusinya, Nabila Shila Lama Abdullah turut mengadakan perbincangan ringkas dengan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz di pejabatnya, mengenai beberapa perkara. […]

Pakar NUIM untuk gerak kerja dakwah YADIM

KUALA LUMPUR – Seramai 25 orang pakar daripada pelbagai bidang hari ini (3 Mei) menerima watikah pelantikan sebagai ahli Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia (NUIM) daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Watikah berkenaan disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dalam satu majlis di sini, sempena retreat 2 hari […]

Cuci Cuci di Serendah

SERENDAH – Menjelang tibanya Ramadan, pasukan Cuci Cuci Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 27 April lalu telah melaksanakan kerja pembersihan surau Taman Serendah Makmur, Batang Kali di sini. Seperti kebiasaan, pasukan sukarelawan ini telah melaksanakan kerja pembersihan dalaman dan luaran surau. Program turut disertai oleh ahli jawatankuasa dan penduduk kawasan sekitar. Selesai program khidmat berkenaan, […]

YDP YADIM sampaikan watikah AJK khas

PUTRAJAYA – Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nik Omar bin Nik Ab Aziz pada 29 April telah menyampaikan watikah pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas Sektor Penyelidikan dan Penerbitan Dakwah kepada seramai 4 orang individu terpilih. Mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang penyelidikan dan penerbitan adalah Yang Berhormat Nor Azrina Binti Surip @Nurin Aina Abdullah, Dato’ Professor […]

Bicara Keluarga Rahmah buat kakitangan Wisma Kastam

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini telah melaksanakan program Bicara Keluarga Rahmah dengan menyantuni kakitangan Kastam Diraja Malaysia di sini. Seramai 120 orang anggota yang berkhidmat di Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah menghadiri program anjuran Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia […]

Lawatan ke Pusat Khidmat Rakyat Parit Buntar dan Titi Serong.

PARIT BUNTAR – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz hari ini meluangkan masa melawat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar dan Titi Serong di sini, sebelum kembali bertugas di Putrajaya. Terdahulu beliau telah menyampaikan kuliah maghrib bertajuk ‘Jejaki Dakwah Rasulullah SAW di Masjid Al-Ridzuan, di sini […]

Kerjasama Pendidikan YADIM – PPD Maran

PUTRAJAYA – Bekerjasama dalam modul Pendidikan Islam untuk pelajar merupakan antara hasrat yang dilontarkan guru guru Pendidikan Islam Daerah Maran, Pahang, dalam lawatan ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 29 April. Menurut mereka, YADIM dilihat mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang tersebut, khususnya melibatkan aktiviti motivasi pelajar. Kerjasama tersebut ujar mereka akan memanfaatkan kedua […]