Home » Citra Yadim » Kerjasama Pendidikan YADIM – PPD Maran

Kerjasama Pendidikan YADIM – PPD Maran

Yang Dipertua YADIM semasa membrikan ucapan aluan dalam lawatan PPD Maran

PUTRAJAYA – Bekerjasama dalam modul Pendidikan Islam untuk pelajar merupakan antara hasrat yang dilontarkan guru guru Pendidikan Islam Daerah Maran, Pahang, dalam lawatan ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 29 April.

Menurut mereka, YADIM dilihat mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang tersebut, khususnya melibatkan aktiviti motivasi pelajar.

Kerjasama tersebut ujar mereka akan memanfaatkan kedua belah pihak apabila para pelajar menerima khidmat motivasi, manakala YADIM sendiri dapat memenuhi dan memanfaatkan gerak kerja dakwahnya.

Mengulas mengenai permintaan berkenaan, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Mohd Hafiz Musa berkata, pihaknya mengalu alukan sebarang bentuk kerjasama yang memanfaatkan dan pihaknya sentiasa terbuka untuk menjalin hubungan berkenaan.

Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Puan Normawati Muhammad dalam reaksinya pula berkata, pihaknya kini sudahpun memiliki jaringan kira kira 17,000 anggota Sahabat YADIM di institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia.

“Kita juga tinjau kemungkinan untuk luaskan jaringan ini lagi, bukan sekadar untuk institusi pengajian tinggi sahaja, mungkin juga sesuai untuk pelajar sekolah menengah, untuk ini mungkin akan perlukan modul lain,”katanya.

Seramai 38 guru Pendidikan Islam dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran menyertai kunjungan ke YADIM, diketuai Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Ust Mohd Adip bin Abdullah.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz turut sama mengalu alukan kedatangan delegasi guru guru berkenaan. Hadir sama ialah Pengarah Pusat Latihan Dakwah Negara, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin serta pegawai dan kakitangan YADIM.

Dalam ucapan aluannya, beliau menerangkan serba sedikit mengenai gerak kerja dan operasi dakwah YADIM serta perancangan program akan datang. Beliau melahirkan rasa terima kasih atas kesudian kunjungan dan memberitahu sentiasa mengalu alukan ‘Pelancongan Pendidikan’ ke YADIM seperti kunjungan PPD Maran ini.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *