Home » Citra Yadim » YADIM disaran gunakan artis

YADIM disaran gunakan artis

Nik Omar (kanan) dan Syed Hussien (kot hitam) beramah mesra dengan wakil wakil NGO Islam dalam Majlis Penyampaian Pembiayaan Program dan Aktiviti Tahunan NGO Islam Tahun 2019 Wilayah Persekutuan.

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) disaran menggunakan artis dalam gerak kerja dakwahnya bagi mencapai kumpulan sasaran yang lebih besar dan berkesan.

Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Abd Kadir berkata, golongan artis merupakan ikon dan mempunyai peminat serta pengikut yang ramai.

“Kalau kita ambil contoh seseorang artis itu membaca al Quran, dan dia memiliki 4 juta pengikut, mungkin mesej (pembacaan Al Quran) itu boleh sampai kepada 1 juta pengikutnya, lebih baik jika ada pengikut yang bukan Islam.

“Bayangkan keberkesanan yang boleh dicapai dengan kaedah ini, jalankan dakwah di luar kebiasaan, tidak kira golongan tua atau muda, kita serahkan kepada YADIM untuk dekati mereka” kata beliau.

Syed Hussien mencadangkan sedemikian dalam Majlis Penyampaian Pembiayaan Program dan Aktiviti Tahunan NGO Islam Tahun 2019 Wilayah Persekutuan di sini hari ini (14 Mei).

Hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz.

Seramai 40 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam sekitar Kuala Lumpur menerima peruntukan bagi membiayai program dan aktiviti mereka untuk tahun ini.

Sementara itu, dalam reaksi balasnya, Nik Omar menyambut baik cadangan berkenaan dan berkata, pihaknya sudah pun didekati oleh beberapa pihak bagi tujuan itu.

“Di YADIM sendiri kita ada Majlis Amal Islami Malaysia, penyelaras kegiatan NGO negara, yang didalamnya ada Kluster Kesenian, InsyaAllah kita boleh gunakan kelebihan ini.

“Kita raikan dan hargai sumbangan mereka,,” ujarnya.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *