Home » Citra Yadim » Citra Ibadah: Cintai Solat IKBN Bandar Penawar

Citra Ibadah: Cintai Solat IKBN Bandar Penawar

KOTA TINGGI – YADIM dan Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Johor telah mengadakan Program Citra Ibadah : Cintai Solat Tahun 2022 pada 1 hingga 3 September 2022.

Pelaksanaan program yang menggunapakai Modul Cintai Solat bertujuan untuk memperbaiki dan memantapkan lagi kesempurnaan solat melalui latihan dan teknik-teknik, bacaan dan perbuatan dalam solat.

Seramai 100 orang peserta terlibat terdiri daripada pelajar semester 1 dan 2.

Program ini dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator daripada pihak IKBN Bandar Penawar & YADIM dengan beberapa aktiviti yang dilaksanakan seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Sesi Praktikal Solat, Ujian Bacaan dan Sesi Ceramah dan Penerangan.

Program Ini juga telah dihadiri oleh  En Shahrizal Bin Mat, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM dan En Muhammad Amar Bin Abdullah, Pengarah YADIM Negeri Johor serta Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam IKBN Bandar Penawar.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *