Home » Langit Terbuka » Cium hajar aswad: pempengaruh media sosial perlu elak datangkan fitnah demi populariti

Cium hajar aswad: pempengaruh media sosial perlu elak datangkan fitnah demi populariti

KUALA LUMPUR: Amalan mencium Hajarul Aswad adalah sunat dan ia tidak dituntut sekiranya perlu berasak-asak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata perbuatan itu juga tidak dituntut jika membahayakan diri sendiri dan orang lain.

“Amalan ibadat sepatutnya dilakukan dengan fokus demi mencari reda Allah dan didasarkan ilmu.

“Kepada semua pempengaruh media sosial, perlu tahu batasan dalam kehidupan kita ini, ada perkara yang boleh dipertontonkan kepada umum dan ada juga perkara yang tidak perlu dipertontonkan,” katanya hari ini.

Beliau mengulas isu tular pempengaruh media sosial yang terpaksa bersesak-sesak dan menarik kumpulan jemaah terdiri kakitangannya untuk mencium Hajar Aswad.

Rakaman video diambil kakitangannya itu turut memperlihatkan beberapa kakitangan wanita sukar bernafas kerana terpaksa bertolak-tolak antara jemaah lelaki yang turut berebut.

Mohd Na’im turut berpesan agar dielakkan perkara yang mendatangkan fitnah kepada mana-mana pihak semata-mata demi populariti. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *