Home » Langit Terbuka » Contohi Datuk Ramly

Contohi Datuk Ramly

Datuk Ramly Mokni bukan sahaja dianggap ahli perniagaan yang berjaya tetapi juga seorang daripada umat Islam yang menjadi ikonik di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Usahawan Muslim harus mencontohi Datuk Ramly Mokni, pengasas industri pembuatan produk makanan Kumpulan Ramly, yang bukan sahaja membina empayar perniagaan yang berjaya tetapi juga menyumbang kepada Islam dan umatnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof, berkata sumbangan Ramly kepada industri halal di negara ini wajar diberi perhatian.

“Hari ini beliau bukan sahaja dianggap ahli perniagaan yang berjaya tetapi juga seorang daripada umat Islam yang menjadi ikonik di negara ini,” kata Mujahid ketika ditemui selepas majlis sumbangan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Kumpulan Ramly di Masjid Saidina Hamzah di sini.

Pada majlis itu, Mujahid, diiringi oleh Ramly, menyampaikan sumbangan kepada hampir 500 anak yatim dan asnaf sekitar kawasan Parlimen Batu.

Turut hadir Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran.

Ini tahun ketujuh Kumpulan Ramly melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui pemberian bantuan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, terutama anak yatim dan golongan asnaf. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *