Home » Langit Terbuka » Covid-19: JAIS arah Surau Al-Jannah di Shah Alam ditutup

Covid-19: JAIS arah Surau Al-Jannah di Shah Alam ditutup

KUALA LUMPUR- Surau Al-Jannah di Seksyen 23, Shah Alam diarah tutup serta merta dan menghentikan semua operasi termasuk solat Jumaat, solat fardu lima waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan.

Turut diarah tutup adalah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang beroperasi di surau tersebut.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, angkah itu diambil susulan salah seorang jemaah surau itu dikesan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 berkaitan Kluster Sivagangga.

“Hanya tiga petugas jawatankuasa dibenarkan untuk memimpin solat fardu di solat berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurut satu kenyataan JAIS, jawatankuasa surau hendaklah memastikan individu berkenaan menjalankan saringan ujian Covid-19 dan melaporkan keputusan kepada pihaknya.

Proses sanitasi hendaklah dilakukan serta merta di seluruh kawasan surau dan sekolah KAFA terlibat.- MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *