Home » Citra Yadim » Cuci Cuci Pulau Songsong YADIM Kedah

Cuci Cuci Pulau Songsong YADIM Kedah

YAN – Berapa ramaikah antara kita yang benar benar menitik beratkan faktor kebersihan alam sekitar? Alhamdulillah ramai yang mempunyai kesedaran itu, namun ada juga yang tidak mengendahkannya langsung.

Buktinya masih ada yang membuang sampah sehingga mencacatkan pemandangan indah flora yang menghijau dan pulau yang menjadi tarikan di negara kita. Bukan sekali dua tular di media sosial tentang betapa kotornya lokasi pelancongan selepas dikunjungi orang ramai.

Menyedari perlunya meningkatkan kesedaran itu, YADIM Kedah telah menganjurkan program YADIM Lestari di Pulau Songsong sempena sambutan kemerdekaa.

Pulau ini dipilih atas nilai sejarahnya yang dikatakan pernah menjadi lokasi pahlawan nusantara berkumpul untuk merampas semula Kedah dari penaklukan Siam dahulu.

Aktiviti cuci – cuci pulau bermula sekitar jam 10 pagi dengan mengutip sampah sarap dan gotong – royong pembersihan kawasan sekitarnya oleh para peserta program yang turut disertai kadet dari Kolej Tentera Udara Alor Setar.

Usaha ini juga bertujuan mendidik orang ramai tentang kepentingan keseimbangan yang harmoni antara alam dan aktiviti manusia.

Solat Zohor berjemaah dan tazkirah Peduli Anak Muda yang disampaikan oleh Ustaz Lutfi Amir Saiadin selepas selesai aktiviti cuci cuci juga diadakan.

Hadir sama ialah Ketua Jurulatih Institut Teknologi Aerospace, Leftenan Kolonel TUDM Azhar Ismail, Pegawai Kanan Agama Kolej Tentera Udara, Mejar Hashim Abdul Rahman, Setiausaha badan bukan kerajaan SEGAK, Ustaz Mohd Fariq Zaki dan Setiausaha Masjid Ahmadiah, Firdaus Abdon.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *