Home » Citra Yadim » Cuci Cuci Surau Ar Rahman

Cuci Cuci Surau Ar Rahman

FB MVM*

PUCHONG – Surau Ar Rahman di Puchong Prima di sini telah menjadi lokasi seterusnya program Cuci Cuci Surau Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Kali ini program ini adalah sinergi bersama dengan Muslim Volunter Malaysia (MVM) serta ahli jawatankuasa (AJK) surau berkenaan.

Seramai 30 orang ahli MVM bersama  AJK surau serta kakitangan Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat (BKKM) YADIM terlibat dalam program pada 17 November ini.

Bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 5 petang, para peserta telah membersihkan kawasan surau serta persekitarannya.

Turut dilaksanakan ialah kerja kerja mengecat beberapa kawasan surau seperti di jalan masuk untuk memudahkan pergerakan jemaah kelak.

Peserta program turut mengambil inisiatif membersihkan kain serta telekung di surau dengan membawanya ke kedai dobi berhampiran.

Bagi memastikan tempat wuduk dibersihkan dengan sempurna, kakitangan YADIM turut menggunakan water jet untuk membersihkannya.

Kerjasama antara YADIM dan badan badan bukan kerajaan seperti MVM ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Antara kakitangan BKKM yang hadir ialah Ustaz Arif Adzwan Ali selalu Penyelaras Program selain Ustaz Zuhaini Jelani dan Ustaz Mohd Noor Faiz Rahmat.

Kredit gambar FB MVM*

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *