Home » Citra Yadim » Daging, udang dan sumbangan untuk asnaf Bandar Seri Putra

Daging, udang dan sumbangan untuk asnaf Bandar Seri Putra

BANDAR SERI PUTRA – Seramai 150 orang asnaf dari kalangan B40 di sekitar kawasan ini disantuni YADIM dalam program Ziarah Sinar Syawal: Musa’adah Covid-19 pada 22 Mei.

Program yang mendapat kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra ini turut menyantuni peniaga peniaga kecil yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Kesemua mereka menerima sumbangan wang tunai serta udang dan daging lembu segar selain sedikit cenderahati daripada YADIM.

Mewakili YADIM ialah Pengarah Bahagian Perhubungan NGO, Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof. Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra, Mustafa Kassim yang berterima kasih kepada YADIM kerana menganjurkan program membantu masyarakat di sini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *