Home » Citra Yadim » Daie Komuniti YADIM cakna kesihatan mental kanak-kanak
a

Daie Komuniti YADIM cakna kesihatan mental kanak-kanak

SENTUL UTAMA – Kesihatan mental merupakan satu aspek kehidupan yang kini mula diberikan lebih perhatian sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Perhatian kepada kanak kanak dalam hal ini juga wajar tidak dipandang remeh.

Maka atas tujuan tersebut, Daie Komuniti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sentul Utama dan Hiliran Ampang pada 10 Oktober telah menganjurkan program kesihatan mental bersama kanak-kanak di komuniti masing masing.

Di Sentul Utama, seramai 150 peserta menghadiri program ini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Sentul Utama Tuan Haji Mohd Jiwa Khairi, Pengerusi MC Sentul Utama, Abdul Rahim Ishak, Pengerusi Kelab Warga Emas Parlimen Batu, Hajah Maimum Mohd Noor, Pengerusi Surau Taqwa Sentul Utama Tuan Haji Mohd Ali Isa, Timbalan Pengerusi Surau Taqwa Sentul Utama, Ustaz Mohd Zaimi Hasim dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Sentul Utama, Siti Hamimah Selamat.

Program dibawah tanggungjawab Daie Komuniti YADIM Projek Perumahan Rakyat (PPR), Sentul Utama, Haji Abu Bakar Abdul Rahman ini dirasmikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya.

Seterusnya pada hari itu juga, program sama berjalan serentak di PPR Hiliran Ampang anjuran Daie Komuniti YADIM kawasan itu,  Ustaz Suridzal Abdul Rahim.

Ia dirasmikan oleh Daie Komuniti YADIM, Ustaz Mohd Suhaimi B Abd Aziz.

Turut sama menjayakan ialah Pegawai Hal Ehwal Agama Islam JAWI merangkap  Ketua Imam Masjid Nurul Islam, Ustaz Mohd Shahrul Nizam Mohd Yusof.

Hadir sama ialah Pengerusi Surau Jumaat Al Falah,Tuan Haji Ahmad Fauzi Murad, Pengerusi Persatuan Penduduk Blok B & C PPR Hiliran Ampang, Azizan Othman, Pengerusi KRT Hiliran Ampang Jafarhit Mohd Dol Donan.

Penganjuran program seperti ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya ibu bapa tentang peranan YADIM melalui program kemasyarakatannya.

Artikel Berkaitan

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama

Inisiatif dakwah Takwim Hijrah

TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya. Itu antara cadangan kerjasama daripada i

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *