Home » Langit Terbuka » Dakwaan Kerajaan Perpaduan tinggalkan Islam tidak berasas, fitnah – Anwar

Dakwaan Kerajaan Perpaduan tinggalkan Islam tidak berasas, fitnah – Anwar

ANWAR menghadiri Majlis Perjumpaan bersama Usahawan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam. Turut sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Kuala Nerus: Dakwaan sesetengah pihak mendakwa Kerajaan Perpaduan meninggalkan Islam adalah tidak berasas dan fitnah untuk menjatuhkan kerajaan ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan pimpinannya ketika ini tidak mengizinkan perbuatan mencuri dan menghukum orang lain sewenang-wenangnya.

“Kerajaan Perpaduan yang saya pimpin tidak izinkan orang curi duit, tidak izinkan hukum orang sewenang-wenang, masih tetap islam, jaga kepentingan Melayu dan Bumiputera.

“Jadi tidak adil fitnah kita tinggalkan Islam dan agama dan kelompok tertentu saja, jaga Islam dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Karnival Sahabat Usahawan Madani Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Timur di The Payang Scout Hotel di sini hari ini.

Pada majlis itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyaksikan penyerahan empat sijil pengiktirafan secara serentak unruk rekod kebangsaan daripada Malaysia Book of Record (MBR) kepada AIM.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, terdapat usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan yang ada ketika ini.

Justeru, beliau berharap sokongan rakyat untuk terus menyokongKerajaan Perpaduan.

“(Jadi) saya minta kawan-kawan seluruh negeri Terengganu beri kerjasama, pastikan orang-orang yang menawarkan diri untuk menjadi wakil kita, wakil saya di Terengganu.

“Yang penting, untuk memudahkan urusan bantuan dan sokongan rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *