Home » YADIM MADANI » Dakwah MADANI: Kuliah Khas “Rasulullah Tauladan Ummah’’

Dakwah MADANI: Kuliah Khas “Rasulullah Tauladan Ummah’’

PENGKALAN HULU – Program YADIM Sejahtera: Dakwah Madani @ Masjid Angkat YADIM telah berlangsung di Masjid Al Aula, Kampung Selarong pada 28 Ogos.

Majlis ini merupakan siri ke-4 program yang diadakan di masjid angkat YADIM, menandakan kesinambungan usaha memperkukuh dakwah untuk komuniti setempat.

Penceramah jemputan, Ahli Zamalah YADIM dan panelis pelbagai rancangan televisyen, Ustaz Mohd Nabil Majdi Arip, telah menyampaikan kuliah khas bertajuk “Rasulullah Tauladan Ummah”. Dalam ceramahnya, beliau menekankan keperibadian Rasulullah SAW sebagai contoh teladan terbaik bagi umat Islam, khususnya dalam aspek akhlak, kepimpinan, dan dakwah yang menyatukan masyarakat.

Turut hadir ialah Pengerusi Masjid Al Aula, Haji Badariah Abdullah, yang bersama-sama jemaah mendengar kuliah serta menyertai bacaan selawat beramai-ramai sebagai penutup majlis. Suasana ini mencetuskan rasa kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Program ini bukan sahaja memperkukuh peranan masjid sebagai pusat ibadah, malah sebagai nadi pembangunan dakwah Madani yang menyatukan masyarakat. Siri seterusnya akan diteruskan dengan program khusus untuk mualaf, sebagai kesinambungan usaha YADIM dalam memperluas dakwah.

Artikel Berkaitan

YADIM dan UNIQSAAS Jayakan Karnival Dakwah

KUANTAN – YADIM bersama Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIQSAAS), telah menjayakan Karnival Dakwah 2.0 yang berlangsung

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *