Home » Citra Yadim » Dakwah Yadim melalui khidmat kesihatan

Dakwah Yadim melalui khidmat kesihatan

TUMPAT, 1 Februari – Menyedari bahawa kesihatan adalah aspek paling penting dalam kelangsungan hidup insan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menggerakkan para sukarelawannya melalui Program Skuad Prihatin bagi memberikan khidmat kesihatan kepada masyarakat di sekitar Dun Wakaf Bharu.

Program Skuad Prihatin ini adalah salah satu program kerjasama antara Yadim Cawangan Kelantan dan Kolej Polytech Mara Kota Bharu, khususnya pensyarah dan pelajar aliran kejururawatan (nursing).

Melalui program ini, para sukarelawan yang terlibat bukan sahaja telah memberikan khidmat nasihat serta tunjuk ajar tentang penjagaan kesihatan, tetapi juga memberi nasihat dan panduan bagi melaksanakan ibadah wajib ketika sakit.

Buku panduan solat ketika sakit turut dibekalkan khususnya untuk waris atau penjaga pesakit yang akan membantu pesakit melaksanakan tanggungjawabnya kepada agama.

Dianggarkan sebanyak 12 buah rumah yang terdiri daripada warga tua yang menghidap penyakit stroke, lumpuh, kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya yang tidak mampu untuk menguruskan diri mereka sendiri telah terlibat di dalam program ini.

Selain itu, Yadim juga telah menyediakan hamper berupa barangan keperluan harian seperti beras, tepung, minyak, gula, teh, biskut, dan lampin pakai buang kepada setiap rumah pesakit yang dilawati.

Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Malah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Dato’ Rosdi Abd Aziz turut bersama-sama turun padang menjayakan program ini.

 

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *