Home » Langit Terbuka » Dasar Pandang ke Timur: Kerjasama dalam pendidikan dipertingkatkan

Dasar Pandang ke Timur: Kerjasama dalam pendidikan dipertingkatkan

Perdana Menteri berkata, Malaysia juga berharap kerjasama yang lebih rapat daripada Jepun terutamanya dalam bidang pendidikan

TOKYO – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia akan meneruskan Dasar Pandang ke Timur dan mempertingkatkannya.

Perdana Menteri berkata, Malaysia juga berharap kerjasama yang lebih rapat daripada Jepun terutamanya dalam bidang pendidikan.

Mahathir berkata, beliau percaya budaya dan nilai sistem masyarakat Jepun menyumbang kepada pemulihan negara itu selepas Perang Dunia Kedua dan keupayaannya untuk maju dengan begitu pantas sehingga berjaya menempatkan diri setanding dengan negara maju di Barat.

“Kali ini, di bawah Dasar Pandang ke Timur, kami akan meneliti keseluruhan sistem pendidikan Jepun, bermula dari tadika sehingga ke peringkat pendidikan tinggi,” katanya pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatan beliau dari Jepun, Shinzo Abe di sini.

Terdahulu, Mahathir dan Abe mengadakan mesyuarat delegasi di Pejabat Perdana Menteri.

Mahathir kini dalam hari kedua lawatan kerja tiga hari beliau ke Jepun. – Bernama

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *