Home » Citra Yadim » Daurah Pengajian Kitab At-Toriq Ilallah

Daurah Pengajian Kitab At-Toriq Ilallah

PUTRAJAYA – Pada 19 Julai lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan  program Daurah Pengajian Kitab At-Toriq Ilallah (Jalan Kepada Allah) yang disampaikan oleh Syeikh  Ahmad Salahuddin Al-Hajin Al-Hasani Al-Azhari

Program yang diadakan di Auditorium Dr Zainuddin Jaafar,KUIS dan dianjurkan bersama oleh YADIM, Masjid KUIS, Yayasan Al-Hikmah dan Pertubuhan Alumni Felo Muda Dakwah(Perfomd) dan dihadiri oleh sebanyak 210 orang.

Syeikh Ahmad Salahuddin Al-Hajin merupakan salah seorang tenaga pengajar di Masjid Al-Azhar Asy-Syarif, Mesir dan juga merupakan ahli panel fatwa di beberapa masjid di Mesir. Beliau berada di Malaysia dalam rangka lawatan selama dua minggu.

Sehubungan itu, YADIM melalui Perfomd telah mengambil manfaat dari lawatan  ini dengan menganjurkan program  program dhaurah berkenaan.

Dhaurah Kitab  berkenaan dikarang oleh Syeikh Ali Jum’ah, Mantan Mufti Mesir dan Syeikh Ahmad Al-Hajin juga merupakan salah seorang murid kanan beliau.

Kitab ini merupakan kitab berkaitan ilmu tasawuf serta memperincikan kaedah dan ilmu untuk manusia mencapai kepada keredhaan Allah dari sudut jalan tasawuf.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *