Home » Citra Yadim » TOT Daie YADIM Sarawak bentuk daie profesional

TOT Daie YADIM Sarawak bentuk daie profesional

KUCHING – Dalam usaha membentuk daie yang berwibawa dan cekal dalam menghadapi pelbagai dugaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak telah menganjurkan program Training of Trainers (TOT) Daie YADIM Sarawak pada 20 hingga 22 Julai 2018.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Ustaz Mohd Zaidi Ramli  yang turut menjadi pembimbing utama dalam bengkel ini.

Selain itu, para daie dan bakal pendakwah itu  juga mendapat tunjuk ajar daripada Ustaz Muhd Syafie Abdullah daripada PERKIM Sarawak.

Penganjuran program berkenaan  merupakan langkah agresif YADIM kearah melahirkan daie yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi dalam menghadapi  dugaan luar biasa dalam dunia dakwah yang sememangnya bukan semudah yang disangka serta memerlukan pengorbanan dan kekuatan diri.

Bengkel ini juga bertujuan untuk memberi latihan kepada para Daie YADIM dengan modul `Pembelajaran Saudara Kita’ yang telah dibangunkan oleh YADIM bertujuan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran saudara kita tersusun dan sistematik serta mampu mencapai sasaran peningkatan kefahaman kumpulan ini.

Selain daripada daie YADIM, bengkel ini turut disertai oleh golongan Saudara Kita daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam Sarawak iaitu daripada Yayasan Amal dan Urusetia Saudara dan beberapa  orang perseorangan yang dikenal pasti  berpotensi untuk dijadikan sebagai bakal pendakwah saudara kita.

Melalui bengkel ini, kumpulan berkenaan diharapkan mampu untuk menyampaikan dakwah kepada kelompok mereka sendiri.

Di dalam ucapan perasmian, Ustaz Mohd Zaidi menyatakan bahawa sebagai seorang pendakwah, selain daripada mengejar ganjaran dunia, pendakwah juga haruslah juga mengejar bekalan yang bakal di bawa ketika di alam mahsyar kelak.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *