Home » Citra Yadim » Delegasi dari ibu pejabat YADIM ziarah saudara kita

Delegasi dari ibu pejabat YADIM ziarah saudara kita

KUCHING 14 Dis. – Delegasi dari Ibu pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang diketuai oleh Yang Dipertua, Dr. Yusri Mohamad telah mengadakan lawatan ke dua rumah panjang di Sri Aman, Sarawak pada 12 Disember lalu bagi melihat sendiri aktiviti daie YADIM di sana.

 

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, dua rumah panjang yang dilawati itu ialah Rumah Panjang Tibu,  Kampung Gayau Jasa dan Rumah Panjang Abdul Rahman  Kampung Jaong.

“Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Mohd Zaidi Ramli dan Pengurus Besar Operasi, Encik Redhauddin Kamaruzaman.

“Semoga dengan kehadiran pihak pengurusan tertinggi YADIM ke kawasan pedalaman ini dapat memberi kekuatan dan semangat kepada daie YADIM di samping mempertautkan lagi hubungan sesama muslim dan masyarakat saudara kita yang berketurunan Iban,’’ katanya.

Selain itu, beliau berkata,  lawatan berkenaan adalah bagi meninjau keadaan perkampungan saudara kita yang diselia oleh daie YADIM di samping melihat  perlaksanaan kelas yang dijalankan oleh mereka dalam membimbing golongan saudara kita.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *