Home » Citra Yadim » Diskusi Meja Bulat NUIM-YADIM Siri 2

Diskusi Meja Bulat NUIM-YADIM Siri 2

PUTRAJAYA – Nadwah Ulama Ilmuan Malaysia (NUIM) selaku badan pemikir kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan sesi Diskusi Meja Bulat (DMB) yang kedua di sini pada 17 Februari.

Perbincangan meja bulat ini bertujuan melakar dan mencari gambaran sebenar  pembangunan wakaf di Malaysia, mengena pasti keutamaan kerja dan projek-projek waqaf serta sebagai pengukuhan serta menyebar luas komuniti aktivis waqaf.

Membawakan tajuk “Pembangunan Wakaf Dalam Ekonomi Negara: Pengoperasian Model-Model Ekonomi Waqaf”, ia berjaya menghimpunkan seramai 24 orang ilmuan dari pelbagai disiplin bagi membincangkan dan menyumbang idea kepada pembangunannya.

Antara tokoh yang hadir termasuklah Pengerusi NUIM sendiri, Dato’ Dr Abdul Halim Yusof, Presiden Bank wakaf Antarabangsa, Dato’ Abu Ubaiah Kemin, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pusrawi, Mohd Husni Abd Shukor, Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen, Universiti Putra Malaysia, Dr. Razali Othman, wakil Majlis Perundingan Wanita Rahmah, Fatima Syarha dan ramai lagi.

YADIM pula diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Wira Ustaz Abd Ghani Samsudin, dan Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO, Mohd Fitri Aziz Yusof.  Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz juga kemudiannya hadir selepas sesi penutup bagi meraikan tokoh tokoh yang hadir.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan dalam sesi kali ini. Pembentangan pertama dilakukan oleh Naib Chancellor dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Universiti PICOMS, Prof Dr Wan Azizi Wan Sulaiman dengan tajuk ‘Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS Sebagai Model Universiti Wakaf’.

Pembentangan seterusnya bertajuk ‘Model Operasi Dan Pengurusan Hospital Waqaf’ dilakukan oleh Pengarah Eksekutif, Kasih Entiti Group Sdn Bhd, Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi.

Kertas kerja ketiga pula dibentangkan oleh Abu Ubaidah dengan tajuk ‘Pengoperasian Model-Model Ekonomi Waqaf’.

Sesi pertama DMB telah diadakan pada 13 Januari lalu di sini. Lebih banyak sesi percambahan ilmu seperti ini dirancang untuk diadakan oleh NUIM pada masa akan datang.

 

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *