Home » Citra Yadim » Diskusi Pelan Pembangunan Dakwah Negara

Diskusi Pelan Pembangunan Dakwah Negara

PUTRAJAYA – Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 25 Julai telah mengadakan sesi perbincangan bersama sekumpulan tokoh akademik dan aktivis dakwah bagi membina kerangka Pelan Pembangunan Dakwah Negara.

Pelan ini merupakan satu usaha YADIM agar kerja-kerja dakwah tidak lagi menjadi retorik, sebaliknya, penumpuan harus diberikan kepada pelaksanaan bersungguh-sungguh terutama dalam menangani isu-isu umat Islam yang masih belum berkesudahan.

Selain itu, pelan ini juga akan menjadi panduan kepada semua penggerak dakwah agar berperanan dengan lebih strategik bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan rahmah.

Antara yang dibincangkan ialah kerangka utama pelan dan cabaran dakwah semasa terutama dalam dunia maklumat tanpa sempadan pada masa kini.

Perbincangan selama tiga jam di YADIM ini telah dipengerusikan oleh Prof Dato’ Dr. Noor Inayah Yaakub yang merupakan Ahli Jawatankuasa Khas Sektor Penyelidikan dan Penerbitan Dakwah YADIM.

Hadir sama ialah , Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, UKM, Prof Madya Dr Syarifah Hayaati Syed Ismail, UM, YB Ustaz Syamsul Firdaus, Duta Rahmah Mohamed Supri dan Dr. Azmi Harun, mewakili Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia (NUIM) – YADIM.

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *