Home » Citra Yadim » DMY bantu tonjolkan YADIM

DMY bantu tonjolkan YADIM

Nik Omar (dua dari kanan) semasa menyampaikan watikah kepada salah seorang peserta Daie Muda YADIM

SEMUNGKIS – Penghasilan Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY) diharap dapat menonjolkan badan ini sebagai peneraju bidang dakwah di negara ini.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata antara tujuan utama program ini adalah supaya masyarakat dapat lebih mengenali YADIM lagi selepas ini.

“Kita mesti bercita cita tinggi, Malaysia sudah mempunyai banyak contoh yang menjadi ikutan di peringkat global, Tabung Haji umpamanya yang Arab Saudi sendiri puji. DMY ini nanti kita harapkan akan sampai ke tahap itu juga.

“Ini selaras dengan tag line YADIM juga, Fastabiqul Khairat (mengejar kebaikan), semua pihak melaksanakan kebaikan dengan cara mereka, itu kita hormat, tapi kita mesti ada kaedah sendiri (DMY).

Saya juga harap DMY yang disasarkan melahirkan insan yang boleh memberi tunjuk ajar dan contoh kepada orang ramai akan berjaya mencapai matlamatnya,” kata beliau.

Nik Omar berkata demikian dalam ucapannya semasa menyampaikan watikah kepada peserta DMY di Pusat Latihan Dakwah Nasional (ILDAN) di sini pada 16 Mei.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Operasi YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsudin Moner, Pengarah Kanan Pejabat Yang Dipertua YADIM, Ustaz Wan Subki Wan Salleh, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Hafiz Musa, Pengarah ILDAN, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsuddin serta Penyelaras Program,  En Sabir Abdul Ghani.

Dalam pada itu Sabir dalam ucapan aluannya berkata, DMY sebelum ini dikenali sebagai program Felo Muda Dakwah sebelum ditambah baik dan dijenamakan semula.

Menurutnya, seramai 18 orang peserta (9 lelaki, 9 perempuan) mendaftarkan diri di ILDAN sebagai DMY pada 13 Mei lalu. Mereka ini akan menjalani latihan selama tiga bulan yang akan dipecahkan kepada tiga fasa.

Jelas Sabir, fasa pertama merupakan latihan dalaman di mana mereka akan menerima penerangan dalam kelas serta latihan soft skill tentang keperluan untuk menjadi seorang pendakwah

“Fasa kedua pula ialah dakwah lapangan iaitu mereka akan diberi latihan untuk berhadapan dengan situasi sebenar semasa berdakwah dengan masyarakat.

“Manakala fasa terakhir ialah penempatan di lapangan. Untuk kali ini, para peserta DMY akan ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat di mana mereka akan mempraktikkan segala yang dipelajari dalam tempoh tiga bulan latihan,” katanya.

Tambah beliau, Fasa keempat dibantu perjalanan dan seliaannya oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, YBrs. Tuan Haji Shamsul Ma’arif Bin Haji Ismail.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *