Home » Langit Terbuka » Dr M harap kerjasama Proton-Geely lahirkan kereta lebih baik

Dr M harap kerjasama Proton-Geely lahirkan kereta lebih baik

Geely sudah menandingi Proton dari segi kualiti dan produktiviti industri, kata Perdana Menteri - Sinar Harian

HANGZHOU – Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan harapannya supaya usaha sama strategik antara Proton dan pengeluar kereta Geely China, akan dapat meningkatkan proses menghasilkan kereta Proton yang lebih baik.

Perdana Menteri Malaysia itu mengambil maklum mengenai kemajuan besar yang telah dibuat oleh Zhejiang Geely Holding Group dari segi mengeluarkan kereta berkualiti walaupun memasuki perniagaan kereta lebih lewat berbanding Proton.

“Semasa Proton diperkenalkan, Geely belum wujud. Kita menghantar enam kereta Proton ke sini (China)… dan kita sangat bangga atas pencapaian itu.

“Namun, seperti yang anda tahu, Geely sudah menandingi kita dari segi kualiti dan produktiviti industri kita. Dan saya percaya Proton boleh meraih manfaat daripada kerjasama dengan Geely,” katanya selepas menyaskikan perjanjian antara Proton dan Geely, di ibu pejabat Geely di sini.

Dr Mahathir kini dalam lawatan rasmi lima hari ke China, yang turut membawanya ke Beijing.

Dr Mahathir juga berharap ilmu kejuruteraan yang bakal diperoleh menerusi usaha sama itu dapat membantu meningkatkan produk Malaysia seperti kereta.

Perdana Menteri berkata industri automotif sentiasa menambah baik dari segi teknologi dan kualiti, dan dalam hubungan ini Proton sudah mengikutinya, dengan meningkatkan reka bentuk dan kualiti keretanya.

“Kereta sedia ada sebenarnya boleh dipasarkan di banyak tempat,” katanya dan menambah kereta Proton tidak dapat dipasarkan di banyak negara Barat kerana tidak memenuhi standard pelepasan Euro 5.

“Namun kita percaya jika kita dapat memperoleh enjin baharu dan meningkatkan kualiti, kita akan dapat memasarkannya dan bersaing dengan jenama lain. Bekerjasama dengan Geely akan menambah baik kereta Proton,” kata Dr Mahathir.

Menjawab soalan, beliau berkata berdasarkan apa yang beliau saksikan, Geely, yang menguasai 49.9 peratus kepentingan dalam Proton, berkeupayaan untuk mengeluarkan kereta elektrik bersama Proton untuk pasaran Asean dan melepasinya.

Perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua syarikat hari ini adalah untuk penubuhan usaha sama, yang membuka jalan bagi Proton untuk memasang dan memasarkan kereta di China.

Dr Mahathir mengakui bahawa Proton berusaha untuk memasuki pasaran China sejak beberapa waktu. – Sinar Harian

 

 

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *