Home » Langit Terbuka » Dua blok asrama maahad tahfiz musnah terbakar

Dua blok asrama maahad tahfiz musnah terbakar

SEPANG 29 Julai – Dua buah blok asrama Maahad Tahfiz Al Baraqah di Jalan Besar Salak di sini yang menempatkan 100 pelajar musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Pembantu Tadbir maahad tahfiz terbabit, Jaafar Ismail berkata, kejadian berlaku di asrama yang dihuni pelajar tahfiz lelaki berumur di antara lapan ke 12 tahun itu mula disedari terbakar ketika mereka bersiap menunaikan solat tahajud.

“Alhamdulillah tiada kecederaan atau kemalangan membabitkan pelajar kami dan saya lihat mereka semua dalam keadaan baik. Buat sementara ini, mereka terpaksa menginap di bangunan kelas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khai­ruddin Jamaludin memaklumkan, pihaknya sedang menyiasat punca dan jumlah kerugian ekoran kebakaran tersebut.

Katanya, sebanyak 25 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kebakaran bersama dua jentera selepas pihaknya me­nerima panggilan mengenai kejadian tersebut

“Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 4.42 pagi itu menyebabkan dua bangunan asrama terbakar 100 peratus manakala satu bangunan pejabat bersebelahan hanya terbakar 30 peratus.

“Kebakaran tersebut turut merebak ke sebuah rumah se­tinggan menyebabkan 30 peratus daripada rumah itu terbakar,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan derma bagi membaik pulih blok asrama terbabit boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank bernombor 5-6283-4614-558 atas nama Baitul Barokah Wal Mahabbah. – https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *