Home » Citra Yadim » Edaran juadah di Warung Makan Sahabat

Edaran juadah di Warung Makan Sahabat

GELANDANGAN merupakan salah satu sasaran dakwah YADIM sejak dahulu lagi. Ramadan ini, YADIM meneruskan kerjasama dengan pelbagai rakan badan bukan kerajaan menyantuni mereka di ibu kota.

Pada 21 April lalu, Majlis Amal Islami Malaysia melalui kerjasama dengan Yayasan Amal Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan di Warung Makan Sahabat di Kuala Lumpur, sebanyak 500 pek nasi berlaukkan kari kambing diedarkan kepada gelandangan yang memerlukan. Turut diedarkan ialah bubur lambuk dan juadah lain.

Turut turun padang dalam inisiatif ini ialah pegawai daripada Bahagian Dakwah Komuniti, Bahagian Khidmat Bakti, Rakan Siswa YADIM dan Sukarelawan YADIM.

Warung Makan Sahabat adalah program pendidikan dan kebajikan secara berterusan sebagai salah satu pendekatan dakwah dalam menyantuni golongan rentan di sekitar Kuala Lumpur.

Bilangan Mualaf semakin meningkat saban tahun dan memerlukan pelbagai program pembangunan insan serta dakwah bagi memberikan kefahaman mengenai Islam yang menyeluruh kepada golongan ini.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *