Home » Langit Terbuka » Ekonomi negara cecah RM1.45 trilion

Ekonomi negara cecah RM1.45 trilion

Rancangan Malaysia Kesebelas meramalkan Pendapatan Negara Kasar per kapita mencapai RM47,720 menjelang 2020 . - Foto Selangorkini

KUALA LUMPUR – Pada tahun 2018, ekonomi Malaysia mencecah RM1.45 trilion pada harga semasa selepas pengasasan semula.

Sehubungan itu, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mencatatkan RM43,086 pada tahun 2018, kira-kira AS$10,043.

Rancangan Malaysia Kesebelas meramalkan PNK per kapita mencapai RM47,720 menjelang 2020.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pada tahun asas baru, sektor perkhidmatan dan pembuatan merupakan penyumbang utama kepada ekonomi dengan jumlah sumbangan sebanyak 79.1 peratus.

Sektor perkhidmatan telah mencapai 56.7 peratus pada tahun 2018, melebihi sasaran Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu 56.5 peratus pada tahun 2020.

Pada tahun 2018, sektor perkhidmatan mengukuh kepada 6.8 peratus disokong oleh perdagangan borong & runcit dan maklumat & komunikasi.

Menurutnya, perdagangan borong & runcit bertumbuh 8.1 peratus didorong oleh segmen runcit yang meningkat kepada 10.1 peratus.

Maklumat & komunikasi mencatatkan pertumbuhan 8.3 peratus yang disumbangkan oleh aktiviti komunikasi dan perkhidmatan komputer.

Selain itu, Kewangan & insuran kekal memberangsangkan dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.7 peratus.

Sektor pembuatan bertumbuh 5.0 peratus daripada 6.0 peratus pada tahun 2017.

Produk Elektrik, elektronik dan optikal kekal sebagai peneraju sektor ini dengan pertumbuhan 6.3 peratus.

Sementara itu, produk Petroleum, kimia, getah & plastik kekal dengan pertumbuhan 4.0 peratus disokong oleh produk petroleum bertapis, getah dan plastik. Tambahan pula, Peralatan pengangkutan, pembuatan lain & pembaikan meningkat kepada 6.4 peratus berbanding 5.3 peratus pada tahun sebelumnya.

Dari segi perbelanjaan, permintaan domestik menyumbang 93.0 peratus kepada KDNK dan kekal dipacu oleh Perbelanjaan Penggunaan Akhir Swasta.

Perbelanjaan Penggunaan Akhir Swasta berkembang kepada 8.0 peratus didorong oleh Makanan dan minuman bukan alkohol (sumbangan: 22.0%), Restoran & hotel (sumbangan: 10.7%) dan Komunikasi (sumbangan: 8.5%).

Perbelanjaan pengguna ke atas perkhidmatan menyumbang 51.7 peratus, manakala perbelanjaanke atas barangan menyumbang 48.3 peratus. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *