Home » Langit Terbuka » Elak tular gambar mangsa kebakaran

Elak tular gambar mangsa kebakaran

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memohon orang ramai agar tidak menularkan gambar-gambar mangsa yang terkorban dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Asyraf dalam catatan Facebooknya berkata, beliau kecewa dan sedih melihat banyak gambar mangsa disebar dan ditularkan sewenang-wenangya di laman sosial atau aplikasi sosial.
“Di mana akhlak dan etika kita sebagai orang Islam dan manusia bertamadun yang seharusnya punya nilai simpati kepada waris yang kehilangan orang tersayang.
“Apatah lagi memelihara aib jenazah adalah kewajiban yang ditetapkan syarak,” katanya.
Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) Datuk Zulkarnain Mahdar dalam kenyataan hari ini berharap semua gambar dan video mangsa yang tular di laman sosial Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp dipadamkan.
“Kemungkinan tindakan penyebaran gambar dan video ini dilihat sebagai cara penyaluran maklumat namun perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah perasaan keluarga mangsa.
Penyebaran gambar tersebut sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang dan perasaan trauma dalam kalangan mereka,” katanya.
Sehubungan itu katanya, adalah lebih sesuai bagi rakyat Malaysia mendoakan agar roh mangsa kebakaran dicucuri rahmat dan keluarga mangsa diberikan kesabaran oleh Allah dan anggota masjid dan surau di seluruh Malaysia boleh mengadakan bacaan Surah Yassin pada setiap malam Jumaat.
Kebakaran 5.15 pagi tadi itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu-Bernama

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *