Home » Langit Terbuka » Equanimity disita mengikut undang-undang negara

Equanimity disita mengikut undang-undang negara

Peguam Negara berkata, penyitaan kapal layar mewah, Equanimity telah mendapat perintah waran daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam

PUTRAJAYA – Penyitaan kapal layar mewah, Equanimity yang dikaitkan dengan skandal penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dibuat oleh pihak berkuasa dengan mematuhi undang-undang negara.

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata,  penyitaan kapal berkenaan telah mendapat perintah waran daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

“Jabatan Peguam Negara telah memohon bidang kuasa daripada Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur terhadap kapal layar itu dan pada 6 Ogos 2018, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap.

“Dengan itu, Equanimity telah disita di bawah undang-undang Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kapal Equanimity yang berlepas dari dari perairan Batam, Indonesia pada pukul 4.45 petang semalam telah tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang pukul 12 tengah hari ini.

Kapal yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan 1MDB itu sebelum ini ditahan pihak berkuasa Indonesia di Bali pada 28 Februari lalu ekoran siasatan yang dilakukan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, kata Tommy, pihaknya menzahirkan kerjasama ke atas kerajaan Indonesia terutamanya Polis Republik Indonesia (Polri) serta kerajaan AS yang membolehkan kapal berkenaan dihantar ke Malaysia.

“Hasil daripada Bantuan Perundangan Bersama (MLA) antara Indonesia, AS dan Malaysia yang diaktifkan baru-baru ini, rundingan yang sensitif dan berhati-hati telah dijalankan di peringkat tertinggi oleh agensi-agensi di ketiga-tiga negara untuk mencapai perkara ini,” katanya.

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/equanimity-disita-mengikut-undang-undang-negara-1.724440

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *