Home » Citra Yadim » Fahami konsep wasatiyah

Fahami konsep wasatiyah

DUNGUN 25 Sept. – Generasi muda hari ini perlu memahami konsep wasatiyah dengan sebaik-baiknya dan seterusnya  mengamalkannya dalam kehidupan mereka, kata Mufti Terengganu, Dr. Zulkifli Muda.

Beliau berkata, fahaman sederhana atau wasatiyah dalam Islam adalah sangat penting kerana ia akan merangsang umat Islam untuk sentiasa maju dalam pelbagai lapangan kehidupan dan dalam masa yang sama menjaga amal ibadat dan akhlak.

“Fahaman sederhana ini telah dipegang di Malaysia sejak dahulu lagi dan ia harus terus dipegang oleh masyarakat negara ini,’’ katanya ketika menyampaikan ceramah dalam slot Bicara Ummah Akhir Zaman yang diadakan sempena Jelajah Muamalah Ummah 2016.

Jelajah Muamalah Ummah 2016 adalah program yang  dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama  Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Dalam program ini, YADIM menjelajah ke politeknik di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dan akan singgah di beberapa politeknik terpilih untuk melaksanakan pelbagai program terutamanya berkaitan penerangan mengenai muamalah Islam.

Jelajah ini yang membawa tema `Muamalah Dijaga, Ummah Terpelihara’, turut mendapat kerjasama daripada Bank Islam, Yayasan Taqwa, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Takaful Ikhlas, 1M4U, Bank Rakyat, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bank Islam Malaysia Berhad dan Pusrawi.

Dr. Zulkifli berkata, Islam telah didatangkan dalam bentuk sederhana yang menyebabkannya mudah dan tidak menghalang kepada kegiatan manusia dan dalam masa yang sama memberikan manfaat kepada manusia dan menghindari kemudaratan.

Katanya, Islam hanya mengharamkan perkara-perkara yang memudaratkan manusia seperti arak, riba dan sebagainya, sedangkan banyak perkara dihalalkan.

“Oleh yang demikian, Islam tidak melarang umatnya mencari sesuatu perkara baru asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat dan memudaratkan manusia,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam Islam hanya perkara berkaitan akidah dan ibadat sahaja ditetapkan sedangkan banyak perkara memerlukan manusia untuk membangunkannya selaras dengan perkembangan semasa.

Katanya, apa yang penting, generasi muda haruslah pandai menggunakan perkara-perkara dengan betul dan tujuan yang baik.

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *