Home » Langit Terbuka » Fatah puji keputusan Malaysia buka kedutaan Palestin di Jordan

Fatah puji keputusan Malaysia buka kedutaan Palestin di Jordan

Hamas berharap negara negara Islam akan menurut langkah Malaysia membuka kedutaan untuk Palestin. - Foto CoinDesk

KUALA LUMPUR – Pergerakan Fatah memuji keputusan Malaysia untuk membuka sebuah kedutaan untuk Palestin di Jordan sebagai tanda sokongan dan solidariti yang berterusan kepada perjuangan rakyat di negara itu.

Setiausaha Agung Fatah, Jibril Rajoub berkata, ia adalah langkah ke arah Malaysia membuka kedutaannya di negara Palestin yang merdeka pada masa akan datang.

“Kami juga berharap untuk melihat bendera Malaysia di Al Quds, ibu kota Palestin yang merdeka. Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas keputusan mereka yang berani ini,” katanya ketika ditemui sebelum berlepas ke Palestin pagi tadi.

Jibril berkata, pergerakan itu menggalakkan semua negara Islam yang tidak berbuat demikian agar menurut jejak Malaysia.

Beliau berada, di Kuala Lumpur atas kapasitinya sebagai Pengerusi Persatuan Pengakap Palestin untuk lawatan dua hari ke Pergerakan Pengakap Dunia dan Persatuan Pengakap Malaysia di sini yang bermula pada Khamis.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan pembukaan sebuah kedutaan untuk Palestin di Jordan semasa berucap di depan pemimpin dan wakil 120 negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di sidang kemuncak ke-18 badan itu di Baku.- Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *