Home » Citra Yadim » Felo Muda Dakwah anjur program Kembara Kasih

Felo Muda Dakwah anjur program Kembara Kasih

KUALA LUMPUR 24 Mei – Felo Muda Dakwah (FMD) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia berkampung selama 14 hari di Pasir Putih, Kelantan bagi melaksanakan program Kembara Kasih Kelantan bermula 21 Mei hingga 4 Jun 2016.

Program berkenaan adalah sebahagian daripada latihan yang diberikan kepada FMD siri 1 2016 melibatkan seramai 24 FMD yang bertujuan mendedahkan kepada mereka terhadap realiti hidup masyarakat tempatan serta dalam masa yang sama belajar bagaimana menguruskan sesuatu program itu dengan berkesan.

Program ini sekaligus memberi pendedahan kepada Felo Muda Dakwah dakwah lapangan yang memerlukan kemahiran komunikasi dan kefahaman kepada kehidupan masyarakat.

Hal berkenaan adalah satu aspek yang penting dalam dakwah kerana melalui pendekatan berkenaan mereka akan dapat mendekati masyarakat serta menyelami isu-isu dan masalah yang mereka hadapi yang sekaligus memudahkan kerja-kerja dakwah dilaksanakan.

Sepanjang program berkenaan, para FMD perlu melalui jadual yang padat dengan pelbagai aktiviti yang telah diatur.

Pada hari pertama mereka telah mengadakan bengkel amali solat dan bengkel penyembelihan dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Kelantan.

Selain itu, pelbagai program lain turut diadakan termasuk program keluarga angkat, smart solat, gotong-royong, pengurusan jenazah, motivasi akhlak islamiah, ziarah mahabah, asas sembelihan, forum perdana dan lain-lain lagi.

Masyrakat setempat dijemput hadir bagi memperolehi sedikit sebanyak ilmu daripada program-program yang diatur. Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh berhubung dengan YADIM Cawangan Kelantan di talian 09-7419186/87/85.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *